Peluang Kerjasama
Secara mudahnya, kami adalah sekumpulan aktivis ilmu yang merasakan bahawa sudah terlalu banyak podcast, konten, video, live, ulasan malah naskah bercetak yang tidak menitikberatkan kebenaran dan integriti dalam menyampaikan sesuatu dewasa ini.
Diharapkan Exducate mampu membawa aspirasi berani ke arah mengembalikan alam atas talian ke landasan ilmu yang sebenar.
Kami bernaung di bawah Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah Ipoh Berhad (EXSISCO) dalam melaksanakan misi ummah ini.
Sebarang peluang kerjasama atau pertanyaan lanjut tentang bantuan / kelas / bimbingan berkaitan sebarang topik di dalam portal ini, boleh dilanjutkan melalui borang di bawah:-